Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka
Peti Surat 61754 Tawau, Sabah 91027 Malaysia Tel: 089-768871 
 Info Sekolah • Pengetua • Guru Pendidik • Staf Am • Ko-Kurikulum • Takwim Sekolah • Pencapaian Akademik

Info Sekolah

 

Sejarah Sekolah

        Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka telah diwujudkan pada bulan Januari 1962. Pada mulanya,sekolah Menengah Jenis Kabangsaan Abaka. Sekolah ini terletak lebih kurang 20 kilometer daripada Pusat Bandar Tawau. Pada awal penubuhan sekolah ini,sekolah ini hanya menumpang bagunan sekolah rendah SRJK Abaka dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 20 orang dengan jumlah pelajar mencecah 250 orang.

         Bangunan-bangunan yang ada di sekolah ini adalah bekas peninggalan orang-orang jepun dan zaman pemerintahan British. Bangunan yang ada diperbuat daripada konkrit dan kayu. Selebihnya terdiri daripada rumah atau mes pegawai pelatih. Pada bulan oktober 1997, pejabat pentadbiran dan beberapa buah kelas telah musnah dalam satu kebakaran akibat litar pintas.

Pokok Abaka: Nama sekolah diambil sempena pokok ini.


         Namun, atas inisiatif pengetua,beberapa buah bagunan tambahan telah didirikan di sekitar tapak asal. Sumbangan mendirikan bagunan ini juga diperolehi daripada Jabatan Pendidikan dan YB Chua Soon Bui, Ahli Parlimen Tawau pada masa itu. Syarikat BAL juga memberikan sumbangan dengan menyediakan rumah pengetua, rumah-rumah untuk guru dan staf sekolah. Walau bagaimanapun, pada tahun 1998 rumah pengetua yang didirikan telah dirobohkan kerana dikhuatiri tidak selamat lagi digunakan. Namun, pihak Golden Hope telah menggantikan rumah pengetua ini dengan rumah lain.

         Dari tahun 1962 hingga 1996, sekolah ini hanya menempatkan pelajar-pelajar peringkat menengah rendah sahaja iaitu daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Namun begitu, pada tahun 1996, sekolah ini telah menawarkan pelajar-pelajar di peringkat menengah atas iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5. Mengikut statistik pencapaian akademik. SMK Abaka telah berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang terutamanya sekitar tahun 1970an. Ini termasuklah YB Datuk Dr.Patawari Patawe, ADUN N60 Sebatik. Bermula tahun 1996, SMK Abaka telah menawarkan pendidikan di peringkat menengah atas.

 
 

     Pada tahun 1997, pelajar-pelajar ini telah menjadi pelajar sulung bagi peperiksaan SPM sekolah ini. Hingga hari ini, SMK Abaka telah berjaya menawarkan pakej matapelajaran elektif yang lain terutamanya pakej matapelajaran aliran sains. SMK Abaka berjaya maju setapak iaitu pada tahun 2003, sekolah ini menawarkan pengajian di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.


Bangunan asal SMK Abaka

      Setelah genap 40 tahun menumpang, akhirnya pada 06 Januari 2002 bagunan baru SMK Abaka telah digunakan dengan keluasan tapak 10 hektar(25 ekar). Di sebalik bagunan yang tersergam indah ini, seribu satu kenangan dan sejarah terpahat sehingga terbinanya bangunan yang indah seperti sekarang. Bermula dengan beberapa siri masyuarat dan permuafakatan serta perjumpaan khas bagi membincangkan pembinaan sekolah ini sehingga majlis menandatangani memorandum persefahaman telah dibuat antara pihak Jabatan Pendidikan dengan pihak berkaitan.

Bangunan SMK Abaka sekarang


     Hingga ke hari ini, SMK Abaka berdiri teguh dan meneruskan tanggungjawab bagi melahirkan warga Abaka yang cemerlang, gemilang dan terbilang sejajar dengan harapan pemimpin negara dan selari dengan kandungan Falsafah Pendidikan Negara serta Misi sekolah iaitu "PENERAJU KECEMERLANGAN". Demi meneruskan kecemerlangan, misi sekolah ini untuk tempoh 2009 - 2013 mendapat suntikan baru dengan misi "CEMERLANG BERKETRAMPILAN".

 
 

Visi Sekolah (2009-2013)

CEMERLANG BERKETRAMPILAN

 

Misi Sekolah (2009-2013)

  1. Berusaha Mencapai Keputusan Akademik Yang Cemerlang.
  2. Membentuk Generasi Yang Berketrampilan.
  3. Mewujudkan Persekitaran Sekolah Yang Kondusif Dan Mesra Alam.
 
 

INFO LOGO SEKOLAH

Abjad A dan huruf Alif
Pangkal nama sekolah (Abaka) dan pangkal nama ketuhanan dalam islam iaitu Allah swt.

Simbol DUa Daun Abaka Yang Bertaut
Melambangkan keseimbangan antara lelaki dan perempuan yang menjadi warga SMK Abaka

Simbol Gunung
Melambangkan ketinggian hasrat untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik,kokurikulum dan pembangunan diri

Simbol lautan
Melambangkan kesanggupan menepuh cabaran

Warna Hijau
Melambangkan Warga Abaka sentiasa berasa muda dan segar untuk bejalar dan terus belajar

Warna Merah
Melambangkan keberanian

Warna Biru
Melambangkan semangat perpaduan

Warna kuning
Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara

 

INFO BENDERA SEKOLAH

Warna Ungu
Warna akademik

Warna Jingga
Warna kecemerlangan

Warna Putih
Nilai Keikhlasan dan Amanah dalam melaksanakan tanggungjawab bagi semua warga sekolah.

Warna Hijau
Teras Islam. Penarapan nilai Islam untuk membentuk warga sekolah kearah kecemerlangan.

Jalur berwarna Ungu dan Jingga
Kepentingan Akademik untuk kecemerlangan hidup setiap individu

Ikrar Pelajar  

      Bahawasanya, kami pelajar SMK Abaka Tawau,
- Mendukung dan melaksanakan cita-cita falsafah pendidikan negara.
- Memastikan Visi dan Misi sekolah tercapai.
- Membina satu masyarakat pelajar progresif, cemerlang dan gemilang

                                          Maka kami
Sebagai pelajar SMK Abaka Tawau, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai matlamat-matlamat berikut:

- Menjadi pelajar yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.
- Menghormati guru-guru, kakitangan bukan mengajar dan rakan-rakan pelajar lain.
- Menjadi pelajar yang berdisiplin, bersikap positif, yakin diri, bertanggungjawab dan berdikari.
- Menjadikan bangunan dan kawasan sekolah bersih, indah dan sesuai untuk pembelajaran. 

Lagu Sekolah (Baru)

 “ABAKA TERCINTA”

SMK Abaka tercinta

Menjadi kemegahan kami

Rela berkorban mencurah bakti

Demi ibu pertiwi

 

Berdidiplin berketrampilan

Sikap hormat tetap diamalkan

Marilah kita rakan semua

Berusaha maju berjaya

 

Kejayaan yang kita kecapi

Bukti semangat perjuangan kami

Tetaplah teguh engkau berdiri

Sekolahku yang cemerlang…

Sekolahku yang gemilang…

Sekolahku terbilang

 

Lagu dan lirik oleh : En. Rahmat Hidaya Awang

 



 

Lagu Sekolah (Asal)

Dilereng nan menghijau
Disitulah bermula
Kecemerlangan dan kejayaan
Menuju ke arah kemajuan

Kami berusaha
Demi masa hadapan
Untuk sekolah yang kami cinta
Semoga kekal abadi

c/o
SM Abaka (2x)
Tempat menimba ilmu
Kami pelajar sanggup berkorban
Berpegang kepada "We Lead"

Setelah kami berjaya
Mencapai cita murni
Kami tetap abadikan
Abaka di sudut hati.

Lagu : Murphy Jusib Robert

Lirik : Baharuddin Kamaruddin